Wednesday 29 May 2013

Oh My Malaysia


Wahai saudara saudari di luar sana mampukah anda membaca apa yg disiarkan ini ? Mungkin perlu saya come out dengan a simple conclusion. Datuk Seri Idris Jusoh Menteri Pendidikan II berkata kementerian bercadang memansuhkan penempatan para guru pelatih di IPG dan IPTA. Jujur, aku tak faham. Aku melihat berita ini dr dua sudut berbeza. Yg pertama aku rasa BAGUS jugak buat macam nie. Jadi semua guru pelatih akan belajar bersungguh-sungguh utk melayakkan diri mendapatkan tempat di sekolah kelak. Tapi dr sudut yg lain aku merasakan arus pendidikan Malaysia kian hilang arah nya. Apa makna kami guru pelatih belajar dan dilatih selama LIMA TAHUN SETENGAH yakni 13 SEMESTER andai tiada peluang kerjaya? Kami belajar untuk mengajar. Bukan belajar utk diajar oleh pihak atasan atau supervisor. Sahabat aku yg sedang menuntut di UiTM Shah Alam mengeluarkan statement keras yg berbunyi ' aku ambik admin boleh lg kerja kerani ka, cikgu tusyen ka sebab degree aku a bit universal. Hampa Ijazah Perguruan. Guru itu mengajar. Takkan hg nak buat keja admin ? Keja polis dgn degree perguruan hg . Aku tak faham apa depa nak sebenarnya' Kalau sahabat aku tak faham, aku lg tak faham permainan yg sedang dimainkan. Aku cuma mampu cakap dekat diri aku dan kawan2 aku, PERCAYA REZEKI ITU HAK ALLAH. Kalau DIA nak bagi, DIA tetap akan bagi. :)
P/s : Anda mansuh penempatan, kami pun boleh mansuhkan anda. Krik krik :D

Jom Main Kawen Kawen

Bila menginjak usia 20 an nie tak dapat lari dr isu KAWEN. Hang bila nak kawen ? Nak kawen dengan sapa ? Hang suka sapa ? Hang suka dia eh ? Nie la antaratara soklan yg akan ditanya. Kebiasaannya aku memilih utk berdiam diri. Kadang2 tu aku buat gak status gatai kat fesbuk dakpun tweet gatai. Biasa la tu bila gatai menyerang. Esok tu kena hentam la. Tu aku malaih tu. Malaih. Hampa gatai takpa, mai tang aku takleh. Fuii. Hmm, hmm. Sebenarnya aku gembira dan dalam masa yg sama  sedih bila sohabat baik aku zaman sekolah rendah dulu dah kawen. Aku bahagia tengok dia dh jumpa jodoh dia. Aku sedih pasai hilang kawan. Aku rasa aku hilang dia. Iskk. Takpoaa. Btw tahniah Nur Amalia Bt Mohd Azmi dan Mohd Fitry Bin Hamizi. Aku mohon doa kalian, moga aku bertemu jodoh kelak. Dengan siapa ? Dengan LELAKI. Yang gila macam aku . Yg boleh bawak aku ke SYURGA. Yg pandai Qasidah. Ya hanana na ya hanana na. Wahaha. :)

OHSEMM nyeww ^^

Haritu aku buat SBE I dekat SK Dato' Wan Ahmad Kangar, Perlis. Yakni sekolah yg mana telah menyaksikan jatuh bangun aku selama 6 tahun di sana. Wahaha. Serius seronooot. ^^ . Cikgu cikgi semua kenal iteew lagi. Ehehe. Hampa nak taw pasepa Ohseem gila SBE haritu? Batch kami pecahkan rekod sekolah woo. Sekolah tak pernah terima cikgu SBE seramai 13 orang. Meriah meriah ! Betul orang kata kawan yg kita baru kenal kadangkala lebih memahami kita berbanding kawan yg dah lama berkawan dengan kita. Semua jadik indah bila Lillahi Taala. :)
Sir Muhammad Zulfadhli Bin Mohd Zamri bersama Teacher Shakirah Binti Shah Rin
Kami buddyz takkan terpisah^^

Hat baju hitam 4 dari kiri tu PK 1 yg triple ohsemm.
Cikgu Bob

Fizah, Phung, Raudzah, Zaina, Wana, Kirah
The Girls

Yg manih tu aku. Yg besaq tu Guru Besaq^^
Puan Mahani Bt Arop

Zharif, Izzat, Faiq, Saiful, Ikhwan, Yus Faiz, Pali
The boys




Banyak benda ohsem yg jadi sepanjang kami kat sini. Mendapat layanan terbaik daripada cikgu cikgi, akak kantin, abg jaga, anak murid. Mana bisa semudah itu kami melupakan. Dihargai anak murid membuatkan kami tegar berdiri di sini sebagai guru anda. Ukhuwah yg terjalin masih berterusan. Tak dapat bertentang mata, sms jadi penghubung, fesbuk dan twitter menjadi penganjing antara kita. Oh, aku jatuh cinta. ALLAH

Tuesday 26 February 2013

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

YES ! Kali nie aku bertanding untuk Jawatankuasa Perwakilan Pelajar atau lebih dikenali sebagai JPP untuk biro keusahawanan. Dan aku KALAH. Foinee. Sebenarnya aku masuk pon sebab kawan-kawan ajak. Tak letak harapan tinggi pun tapi ada la jugak sikit harapan. Bila kalah terasa la jugak. Tapi takpala, ada hikmah semuanya nie. ALLAH lebih tahu apa niat aku bertanding. Mungkin niat tu salah dari awal jadi aku kalah. Terima kasih kepada yang mengundi. Takdak apa yang berubah dalam hidup aku. Aku cuma nak belajar lagi kuat dan selesaikan masalah keluarga aku, masalah dengan kawan-kawan aku. Kita cuma mampu merancang, ALLAH yang menentukan. Aku tak dapat jadik AJK Pai pun aku tak kisah. ALLAH takkan bagi tanggungjawab tu kalau memang aku tak mampu nak galas dan jalankan tanggungjawab tu. ALLAH maha mengetahui. :)

Thursday 10 January 2013

Wordless Thursday

  • Before You Ask Allah For A Pious Man, Ask Him To Help You Become A Pious Woman. The Believing Women Are For The Believing Men.. ♥ ツ
  • Sekarang dah besar, to be in relationship just for one thing, to get married. Happy last forever, not for "isi masa lapang sebab bosan"

Friday 30 November 2012

SCHOOL VISIT 2012

Assalammualaikum w.b.t . Today I'm going to talk about the School Visit 2012 during our English Language Camp (ELC) in Semester 2 PPISMP. PPISMP tu stand for Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Mesti sesetengah orang macam konfius, kenapa saya masih di PPISMP sedangkan umur dah lanjut ya, 20 tahun. Hal ini kerana saya masuk maktab pada usia 19 tahun. Ini kerana saya telah memasuki matrikulasi terlebih dahulu. Makanya, saya lewat setahun dari kawan yg seusia ya cik cik sekalian. Alhamdulillah, Januari 2013 saya akan ke PISMP ataw nama mudah dia degree lah.

Back to the title en, masa sem 2 haritu semua cohort kitorang ada ELC. Yakni kem ini wajib ya turun temurun. One of the activity is school visit. Sekolah yang telah diterkam pada itu hari adalah Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kumpulan sasaran adalah pelajar tahun 4 ya cik cik sekalian. Tak mudah nak pi sekolah nie pun. Preparation utk aktiviti dia amek masa sebulan. Kena kerja dalam group. Masa group work nie la ada yg masam muka, tarik muka semua. Saya pulak ketua group yg agak tak bagus. Jenis manusia yang tak reti nak kawal ekspresi muka. Jadi adalah yg makan hati. Adat la. Presentation utk paper work saja take time lama mana. Kena reject lagi takpayah cerita. Tadah telinga dengaq komen Miss Loke Khoon Ee kesayangan tu. Semua benda tak kena. Macam nak lempaq paper work ke muka dia. Hahaha. Last2 keja jadi a little bit mudah sebab Miss Letch yg ambek alih. Walaupun dia cengey tapi masa meeting boleh la nak qenyeh lagi. Alhamdulillah semua berjalan lancar sampai la ke hari p school visit tu walaupon balik kena tocer masa post mortem reramai tu.

Kesimpulannya ini lah titik tolak yang menyebabkan saya jatuh hati dekat bidang perguruan nie. Terima kaseh anak-anak SK Bayan Lepas. Me <3 Uoolsss. ;)

Nie masa nak bg briefing kat bebudak nie. Teratoq ja duduk. ;)

Yang nie salah satu daripada game dia. Rasanya nie kat station Cikgu Mawad. Sebab nampak tangan baju dia. 

Tadaaa ! Nampak dak Cikgu Kyra muka selebet gara2 tak tidoq malam tu. Nie kat stesen kami. Buat crossword GERGASI wooh. Nicee <3

Bebudak lain p rehat, depa nie rehat kat tepi dewan ja. Eksaited nak main kot. Mihmih -_-

From left : Teacher Zahidah, Teacher Aqilah Mail, Teacher Shakirah, Teacher Nadia, Teacher Wani, Teacher  Shafinaz, Teacher Izzati, Teacher Syazwana.

Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas Pulau Pinang

Paksa budak-budak nie ambek gambaq pasai cikgu nak buat DP pesbuk.

Tuesday 20 November 2012

C.I.K.G.U-T.E.A.C.H.E.R S.H.A.K.I.R.A.H

Situasi 1 :

Si A : Untunglah jadi budak maktab. Ada elaun, tak payah bayar pt. Hang taw dak tak adil. Education should be free of charge.

Aku : Alhamdulillah, rezeki ALLAH nak bagi tapi nak menyampaikan ilmu ALLAH tu bukan mudah. Adil tak adil, sapa suruh tak mintak ? Nak kecoh pulak.

Situasi 2 :

Aku : Lepas dah masuk maktab nie la baru SPA nak panggil. Nurse la, kastam la, imigresen la, JPJ la. Kalau dapat awal konfirm aku tak pilih untuk jadi cikgu.

Seorang Guru : Jadi la cikgu, saham kita dunia akhirat nanti.

Aku tak pernah bercita-cita untuk bergelar seorang pendidik. Jujur aku cuma bercita-cita menjadi seorang JURUTERA ELEKTRIK yang berjaya walaupun aku sedar aku takdak kimia dengan fizik dan maths. Aku gagah kan jugak melangkah kaki mendaftar sebagai pelajar matrikulasi. Tapi aku bukan la PST. Aku PDT. Program Matrikulasi Dua Tahun. Sapa suruh main waktu sekolah, sebok bercinta, kejaq dunia semata-mata.
Gagah jugak la belajaq untuk 2 sem dengan result memalukan dimana aku GAGAL tiga subjek major iaitu KIMIA, FIZIK, MATHS masa sem 1. Tapi biasa la masa PDT mana ada student kena buang. Lepak lagi. Penghujung ceritanya bila mak aku decide apply kan aku masuk maktab walaupun aku tak rela. 

Aku masuk maktab dengan hati tak rela + bongkak sebab bekas student matriks. Puii. Bangga konon. Dah la late comers. Dok terpanggil 'kakak' dan 'abang' dekat budak yang sama umoq dengan aku. Nak buat macam mana, depa memang senior. Akur laa. Aku tak rasa apa2 cuma aku start membezakan life di matriks dengan maktab. Matriks canggih, maktab macam tempat jin bertendang, buruk, huduh. sistem kelas macam sekolah, dan terus sumpah seranah. *Buat dosa lagi. Aku paling tak suka bila pensyarah asyik dok pertikai suara aku slow. 'Kalau awak cakap macam nie awak ingat student awak yang duduk belakang sekali tu akan dengaq ka ? ' . Lagi satu aku alergik dengan ayat ' macam nie ka attitude awak semua sebagai guru pelatih? ' . Eh, madam nie aku lempang kang. Nama pun budak belia lagi remaja, perangai mesti la tak semegah mana. 

Aku memang tak bersyukur la. Ada jugak aku bengang dengan mak aku sebab letakkan aku dekat sini. Tapi turning point ny bermula bila mana aku jejakkan kaki dekat SK BAYAN LEPAS untuk half day program under English Language Camp during my second semester PPISMP. Aku macam terkesima bila budak budak tu panggil aku CIKGU ! TEACHER !. Aku pusing ngadap angle lain, aku lap ayaq mata. Cengeng. Tersentuh woii. Ada budak laki tu cakap kat aku, 'teacher saya nak jadi saintis tapi BI saya dapat D ja teacher. Teacher ajaq la saya, teacher pandai cakap omputih ' . Dah ambik TESL takkan nak cakap melayu kan ? Walaupun faktanya aku layan lagu MELAYU, NASYID. Sampai sepupu aku kata hang nie course english ka pendidikan islam ? Aku pun konfius.  Ah, persetankan semua tu. Satu perkara yang buat aku rasa aku nak jadi cikgu, nak ajaq budak-budak nie bila budak group aku mai dekat aku masa nak balik. Seorang budak perempuan cakap 'teacher p mana tadi ? saya dengan kawan-kawan cari teacher tak jumpak. Kami nak balik dah. Kami nak salam teacher. ' . Bila dia cium tangan aku, aku ketaq woii. Dalam hati, terima kasih mak, terima kasih banyak-banyak sebab letakkan kakak dekat sini.

Orang kata kerja cikgu tu mudah. Senang, banyak cuti, kerja separuh hari, masuk kelas bagi kerja then blah. Oh, aku tersinggung. Hampa dekat field lain bukan dekat pendidikan, bukan dekat bidang pembangunan. Yes, i am an English teacher to be. Tapi aku bukan setakat nak ajaq grammar ja. Aku nak ajaq budak-budak tu kalau depa Melayu macam mana hormat mak bapak, macam mana sembahyang, hormat kawan-kawan, tutup aurat, baca Al-Quran dan jadik Mujahid dan Mujahidah di jalan ALLAH. Budak-budak nie suci. Walaupun aku bukan engenia tapi aku harap ada student aku yg jadik engenia, dokter, pilot, saintis semua. Boleh aku katakan aku bangga jadik CIKGU. Amanah yang diberi tak akan aku persiakan. Semoga aku boleh masuk syurga nanti hasil dari ilmu dan tunjuk ajar yang aku bagi .