Friday 30 November 2012

SCHOOL VISIT 2012

Assalammualaikum w.b.t . Today I'm going to talk about the School Visit 2012 during our English Language Camp (ELC) in Semester 2 PPISMP. PPISMP tu stand for Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Mesti sesetengah orang macam konfius, kenapa saya masih di PPISMP sedangkan umur dah lanjut ya, 20 tahun. Hal ini kerana saya masuk maktab pada usia 19 tahun. Ini kerana saya telah memasuki matrikulasi terlebih dahulu. Makanya, saya lewat setahun dari kawan yg seusia ya cik cik sekalian. Alhamdulillah, Januari 2013 saya akan ke PISMP ataw nama mudah dia degree lah.

Back to the title en, masa sem 2 haritu semua cohort kitorang ada ELC. Yakni kem ini wajib ya turun temurun. One of the activity is school visit. Sekolah yang telah diterkam pada itu hari adalah Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kumpulan sasaran adalah pelajar tahun 4 ya cik cik sekalian. Tak mudah nak pi sekolah nie pun. Preparation utk aktiviti dia amek masa sebulan. Kena kerja dalam group. Masa group work nie la ada yg masam muka, tarik muka semua. Saya pulak ketua group yg agak tak bagus. Jenis manusia yang tak reti nak kawal ekspresi muka. Jadi adalah yg makan hati. Adat la. Presentation utk paper work saja take time lama mana. Kena reject lagi takpayah cerita. Tadah telinga dengaq komen Miss Loke Khoon Ee kesayangan tu. Semua benda tak kena. Macam nak lempaq paper work ke muka dia. Hahaha. Last2 keja jadi a little bit mudah sebab Miss Letch yg ambek alih. Walaupun dia cengey tapi masa meeting boleh la nak qenyeh lagi. Alhamdulillah semua berjalan lancar sampai la ke hari p school visit tu walaupon balik kena tocer masa post mortem reramai tu.

Kesimpulannya ini lah titik tolak yang menyebabkan saya jatuh hati dekat bidang perguruan nie. Terima kaseh anak-anak SK Bayan Lepas. Me <3 Uoolsss. ;)

Nie masa nak bg briefing kat bebudak nie. Teratoq ja duduk. ;)

Yang nie salah satu daripada game dia. Rasanya nie kat station Cikgu Mawad. Sebab nampak tangan baju dia. 

Tadaaa ! Nampak dak Cikgu Kyra muka selebet gara2 tak tidoq malam tu. Nie kat stesen kami. Buat crossword GERGASI wooh. Nicee <3

Bebudak lain p rehat, depa nie rehat kat tepi dewan ja. Eksaited nak main kot. Mihmih -_-

From left : Teacher Zahidah, Teacher Aqilah Mail, Teacher Shakirah, Teacher Nadia, Teacher Wani, Teacher  Shafinaz, Teacher Izzati, Teacher Syazwana.

Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas Pulau Pinang

Paksa budak-budak nie ambek gambaq pasai cikgu nak buat DP pesbuk.

Tuesday 20 November 2012

C.I.K.G.U-T.E.A.C.H.E.R S.H.A.K.I.R.A.H

Situasi 1 :

Si A : Untunglah jadi budak maktab. Ada elaun, tak payah bayar pt. Hang taw dak tak adil. Education should be free of charge.

Aku : Alhamdulillah, rezeki ALLAH nak bagi tapi nak menyampaikan ilmu ALLAH tu bukan mudah. Adil tak adil, sapa suruh tak mintak ? Nak kecoh pulak.

Situasi 2 :

Aku : Lepas dah masuk maktab nie la baru SPA nak panggil. Nurse la, kastam la, imigresen la, JPJ la. Kalau dapat awal konfirm aku tak pilih untuk jadi cikgu.

Seorang Guru : Jadi la cikgu, saham kita dunia akhirat nanti.

Aku tak pernah bercita-cita untuk bergelar seorang pendidik. Jujur aku cuma bercita-cita menjadi seorang JURUTERA ELEKTRIK yang berjaya walaupun aku sedar aku takdak kimia dengan fizik dan maths. Aku gagah kan jugak melangkah kaki mendaftar sebagai pelajar matrikulasi. Tapi aku bukan la PST. Aku PDT. Program Matrikulasi Dua Tahun. Sapa suruh main waktu sekolah, sebok bercinta, kejaq dunia semata-mata.
Gagah jugak la belajaq untuk 2 sem dengan result memalukan dimana aku GAGAL tiga subjek major iaitu KIMIA, FIZIK, MATHS masa sem 1. Tapi biasa la masa PDT mana ada student kena buang. Lepak lagi. Penghujung ceritanya bila mak aku decide apply kan aku masuk maktab walaupun aku tak rela. 

Aku masuk maktab dengan hati tak rela + bongkak sebab bekas student matriks. Puii. Bangga konon. Dah la late comers. Dok terpanggil 'kakak' dan 'abang' dekat budak yang sama umoq dengan aku. Nak buat macam mana, depa memang senior. Akur laa. Aku tak rasa apa2 cuma aku start membezakan life di matriks dengan maktab. Matriks canggih, maktab macam tempat jin bertendang, buruk, huduh. sistem kelas macam sekolah, dan terus sumpah seranah. *Buat dosa lagi. Aku paling tak suka bila pensyarah asyik dok pertikai suara aku slow. 'Kalau awak cakap macam nie awak ingat student awak yang duduk belakang sekali tu akan dengaq ka ? ' . Lagi satu aku alergik dengan ayat ' macam nie ka attitude awak semua sebagai guru pelatih? ' . Eh, madam nie aku lempang kang. Nama pun budak belia lagi remaja, perangai mesti la tak semegah mana. 

Aku memang tak bersyukur la. Ada jugak aku bengang dengan mak aku sebab letakkan aku dekat sini. Tapi turning point ny bermula bila mana aku jejakkan kaki dekat SK BAYAN LEPAS untuk half day program under English Language Camp during my second semester PPISMP. Aku macam terkesima bila budak budak tu panggil aku CIKGU ! TEACHER !. Aku pusing ngadap angle lain, aku lap ayaq mata. Cengeng. Tersentuh woii. Ada budak laki tu cakap kat aku, 'teacher saya nak jadi saintis tapi BI saya dapat D ja teacher. Teacher ajaq la saya, teacher pandai cakap omputih ' . Dah ambik TESL takkan nak cakap melayu kan ? Walaupun faktanya aku layan lagu MELAYU, NASYID. Sampai sepupu aku kata hang nie course english ka pendidikan islam ? Aku pun konfius.  Ah, persetankan semua tu. Satu perkara yang buat aku rasa aku nak jadi cikgu, nak ajaq budak-budak nie bila budak group aku mai dekat aku masa nak balik. Seorang budak perempuan cakap 'teacher p mana tadi ? saya dengan kawan-kawan cari teacher tak jumpak. Kami nak balik dah. Kami nak salam teacher. ' . Bila dia cium tangan aku, aku ketaq woii. Dalam hati, terima kasih mak, terima kasih banyak-banyak sebab letakkan kakak dekat sini.

Orang kata kerja cikgu tu mudah. Senang, banyak cuti, kerja separuh hari, masuk kelas bagi kerja then blah. Oh, aku tersinggung. Hampa dekat field lain bukan dekat pendidikan, bukan dekat bidang pembangunan. Yes, i am an English teacher to be. Tapi aku bukan setakat nak ajaq grammar ja. Aku nak ajaq budak-budak tu kalau depa Melayu macam mana hormat mak bapak, macam mana sembahyang, hormat kawan-kawan, tutup aurat, baca Al-Quran dan jadik Mujahid dan Mujahidah di jalan ALLAH. Budak-budak nie suci. Walaupun aku bukan engenia tapi aku harap ada student aku yg jadik engenia, dokter, pilot, saintis semua. Boleh aku katakan aku bangga jadik CIKGU. Amanah yang diberi tak akan aku persiakan. Semoga aku boleh masuk syurga nanti hasil dari ilmu dan tunjuk ajar yang aku bagi . 

Monday 19 November 2012

ASAL USUL KETURUNAN


  • Nama : Shakirah Binti Shah Rin
  • Tarikh Lahir : 07 APRIL 1992
  • Tempat lahir : Hospital Besar Kangar, Perlis
  • Ibu : Rohani Bt Japar
  • Bapa : Shah Rin Bin Ab Ghani
  • Bilangan Adik-beradik : 4 orang (Ke-3)
  • Abang sulung : Khairul Shakir Bin Shah Rin, Bachelor Science (Education) UM
  • Abang kedua : Khairul Asrar Bin Shah Rin, Political Science UIAM
  • Adik : Shahidah Binti Shah Rin, SMKA(P) KANGAR
  • Tadika : Tadika Pasti Behor Temak
  • Sekolah Rendah : Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Ahmad
  • Sekolah Menengah : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Kangar
  • PLKN : KEM TASOH BESERI PERLIS SIRI 7/2010
  • Kolej : Kolej Matrikulasi Kedah 2010/2011
  • Grad School : Institut Pendiidikan Guru Kampus Pulau Pinang 2011/2016
  • Pencapaian :
  • UPSR 2004 : 5A
  • PMR 2007 : 6A 2B 1C
  • SPM 2009 : 4A 2B 2C 3D
  • Pendirian Hidup : Kalau aku tak kacau hidup hang, hang jangan cuba nak kacau hidup aku