Tuesday 20 November 2012

C.I.K.G.U-T.E.A.C.H.E.R S.H.A.K.I.R.A.H

Situasi 1 :

Si A : Untunglah jadi budak maktab. Ada elaun, tak payah bayar pt. Hang taw dak tak adil. Education should be free of charge.

Aku : Alhamdulillah, rezeki ALLAH nak bagi tapi nak menyampaikan ilmu ALLAH tu bukan mudah. Adil tak adil, sapa suruh tak mintak ? Nak kecoh pulak.

Situasi 2 :

Aku : Lepas dah masuk maktab nie la baru SPA nak panggil. Nurse la, kastam la, imigresen la, JPJ la. Kalau dapat awal konfirm aku tak pilih untuk jadi cikgu.

Seorang Guru : Jadi la cikgu, saham kita dunia akhirat nanti.

Aku tak pernah bercita-cita untuk bergelar seorang pendidik. Jujur aku cuma bercita-cita menjadi seorang JURUTERA ELEKTRIK yang berjaya walaupun aku sedar aku takdak kimia dengan fizik dan maths. Aku gagah kan jugak melangkah kaki mendaftar sebagai pelajar matrikulasi. Tapi aku bukan la PST. Aku PDT. Program Matrikulasi Dua Tahun. Sapa suruh main waktu sekolah, sebok bercinta, kejaq dunia semata-mata.
Gagah jugak la belajaq untuk 2 sem dengan result memalukan dimana aku GAGAL tiga subjek major iaitu KIMIA, FIZIK, MATHS masa sem 1. Tapi biasa la masa PDT mana ada student kena buang. Lepak lagi. Penghujung ceritanya bila mak aku decide apply kan aku masuk maktab walaupun aku tak rela. 

Aku masuk maktab dengan hati tak rela + bongkak sebab bekas student matriks. Puii. Bangga konon. Dah la late comers. Dok terpanggil 'kakak' dan 'abang' dekat budak yang sama umoq dengan aku. Nak buat macam mana, depa memang senior. Akur laa. Aku tak rasa apa2 cuma aku start membezakan life di matriks dengan maktab. Matriks canggih, maktab macam tempat jin bertendang, buruk, huduh. sistem kelas macam sekolah, dan terus sumpah seranah. *Buat dosa lagi. Aku paling tak suka bila pensyarah asyik dok pertikai suara aku slow. 'Kalau awak cakap macam nie awak ingat student awak yang duduk belakang sekali tu akan dengaq ka ? ' . Lagi satu aku alergik dengan ayat ' macam nie ka attitude awak semua sebagai guru pelatih? ' . Eh, madam nie aku lempang kang. Nama pun budak belia lagi remaja, perangai mesti la tak semegah mana. 

Aku memang tak bersyukur la. Ada jugak aku bengang dengan mak aku sebab letakkan aku dekat sini. Tapi turning point ny bermula bila mana aku jejakkan kaki dekat SK BAYAN LEPAS untuk half day program under English Language Camp during my second semester PPISMP. Aku macam terkesima bila budak budak tu panggil aku CIKGU ! TEACHER !. Aku pusing ngadap angle lain, aku lap ayaq mata. Cengeng. Tersentuh woii. Ada budak laki tu cakap kat aku, 'teacher saya nak jadi saintis tapi BI saya dapat D ja teacher. Teacher ajaq la saya, teacher pandai cakap omputih ' . Dah ambik TESL takkan nak cakap melayu kan ? Walaupun faktanya aku layan lagu MELAYU, NASYID. Sampai sepupu aku kata hang nie course english ka pendidikan islam ? Aku pun konfius.  Ah, persetankan semua tu. Satu perkara yang buat aku rasa aku nak jadi cikgu, nak ajaq budak-budak nie bila budak group aku mai dekat aku masa nak balik. Seorang budak perempuan cakap 'teacher p mana tadi ? saya dengan kawan-kawan cari teacher tak jumpak. Kami nak balik dah. Kami nak salam teacher. ' . Bila dia cium tangan aku, aku ketaq woii. Dalam hati, terima kasih mak, terima kasih banyak-banyak sebab letakkan kakak dekat sini.

Orang kata kerja cikgu tu mudah. Senang, banyak cuti, kerja separuh hari, masuk kelas bagi kerja then blah. Oh, aku tersinggung. Hampa dekat field lain bukan dekat pendidikan, bukan dekat bidang pembangunan. Yes, i am an English teacher to be. Tapi aku bukan setakat nak ajaq grammar ja. Aku nak ajaq budak-budak tu kalau depa Melayu macam mana hormat mak bapak, macam mana sembahyang, hormat kawan-kawan, tutup aurat, baca Al-Quran dan jadik Mujahid dan Mujahidah di jalan ALLAH. Budak-budak nie suci. Walaupun aku bukan engenia tapi aku harap ada student aku yg jadik engenia, dokter, pilot, saintis semua. Boleh aku katakan aku bangga jadik CIKGU. Amanah yang diberi tak akan aku persiakan. Semoga aku boleh masuk syurga nanti hasil dari ilmu dan tunjuk ajar yang aku bagi . 

2 comments:

  1. bagus jadi cikgu yang berfikrah islami. nice writing sis.keep up good writing.suppport+followed your blog ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang selalu memandang budak tesl nie sosial, tak pernah jejak kaki ke surau tapi akan saya buktikan bahawa guru bahasa inggeris jugak mampu bercakap soal agama. Semua kerana DIA. thanks for ur support amirul hakim. :)

      Delete